http://www.beritasini.com/2016/11/syurga-makanan-di-kuala-terengganu.html


Sebut sahaja Terengganu mesti terbayang keropok lekor, nasi dagang, kuih akok dan ketupat sotong. Selain makanan ini, banyak lagi makanan lain yang sedap di Terengganu. Jika anda ingin mencari tempat makan sedap di Terengganu, banyak pilihan restoran atau kedai makan yang boleh dicuba. Senarai di bawah adalah tempat makan popular yang menjadi tarikan penduduk setempat dan juga pelancong domestik. Jadi, tunggu apa lagi jom kita survey tempat makan yang sedap-sedap di Kuala Terengganu. |
1. Mak Ngah Nasi Dagang
| |||
Nasi Dagang Mak Ngah yang terletak di Chendering adalah antara yang popular di Kuala Terengganu. Selain nasi dagang, terdapat juga menu sarapan pagi lain seperti mihun goreng, keropok lekor, kuih-muih dan lain-lain. Ia mula beroperasi sejak tahun 1950 lagi dan menjadi tarikan pengunjung yang datang dari luar Terengganu. Nasi Dagang dihidangkan dengan daun pisang, nasinya lembut dan kuahnya pula pekat. Bila pekena nasi dagang Mak Ngah ni gerenti habis licin! | |||
|
Alamat: C-140, Kampung Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 9-617 1140 |
Waktu Operasi: 7.00 pagi – 12.00 tengahari (Jumaat Tutup) |
Info: Mak Ngah Nasi Dagang |
2. The Cendol Champion
| |||
The Cendol Champion yang terletak di Wakaf Tengah Kuala Terengganu memperkenalkan beberapa jenis cendol yang menarik. Antaranya adalah cendol durian, cendol mangga, cendol buah campur, dan cendol durian belanda. Paling sedap dan anda patut cuba ialah cendol durian yang dicampur pulut. Rasa cendolnya tidak terlalu manis. Anda juga boleh ‘add-on’ aiskrim, oreo, pulut, jagung dan juga kacang merah. Bagi mereka yang tidak suka makan cendol, bolehlah menikmati ABC atau Air Batu Campur. | |||
|
Alamat: 7091-A, Kampung Wakaf Tengah, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 19-950 6900 |
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 6.00 petang |
Info: The Cendol Champion |
3. Restoran NR Cafe
| |||
Restoran ini sangat meriah pada waktu malam. Menu-menu di sini kebanyakaannya adalah masakan ala thai, western, dan masakan berasaskan herba. Antara menu yang menjadi pilihan pengunjung di sini adalah sup belut berherba, tomyam kelapa muda dan sotong goreng celup tepung. Uniknya menu Tom Yam Kelapa Muda ini adalah sebenarnya sama sahaja masakkannya seperti tomyam yang lain. Bezanya ia diletakkan di dalam kelapa muda dan bukannya di dalam mangkuk. Chicken Chop mereka pula sedap dari segi kuah/sos dia. Memang menjilat jari! | |||
|
Alamat: Tok Jembal, Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 9-666 0645 |
Waktu Operasi: 4.30 petang – 12.30 malam (Isnin – Sabtu), 4.30 petang – 12.00 malam (Ahad) |
Info: Restoran NR Cafe |
4. Warung Pok Nong
| |||
Warung Pok Nong boleh dikatakan paling popular di Kuala Terengganu. Orang luar yang datang ke Kuala Terengganu pasti akan singgah ke sini. Apa yang menjadikan tempat ini popular adalah makanan laut yang digoreng dengan tepung. Dari ikan, udang, sotong yang bersaiz kecil hinggalah yang bersaiz besar semua ada! Ada cendawan celup tepung, udang celup tepung, sotong celup tepung, ikan celup tepung, dan macam-macam lagi. Selain daripada itu, satu lagi tarikan di warung ini adalah jagung parut. Pekena semangkuk gerenti tak cukup dengan gabungan aiskrim dan jagung. Sangat sedap! | |||
|
Alamat: A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 9-612 7655 |
Waktu Operasi: 3.30 petang – 8.00 malam (Selasa Tutup) |
Info: Warung Pok Nong |
5. Nur Qaseh Chicken Chop
| |||
Teringin nak makan makanan barat tapi bajet tak cukup? Jangan risau. Jom ke restoran Nur Qaseh Chicken Chop (NQCC). Dekat sini anda boleh dapat chicken chop dengan harga serendah RM3.80 sahaja! Selain Chicken Chop yang dijual dengan harga RM3.80, NQCC ini juga ada menyediakan beberapa menu makanan lain seperti Fish & Chip, Meatball, Meatball Cheese, Spaghetti Meatball dan Salmon Chips. Setiap menu ini berharga kurang dari RM10. Wow! Memang berbaloi sangat-sangat harganya dengan portion yang diberikan. | |||
|
Alamat: 11, Jalan Ketapang Pasar, Kampung Teluk Ketapang, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 13-978 2716 |
Waktu Operasi: 5.00 petang – 11.00 malam |
Info: NurQaseh Chicken Chop |
6. Air Buah Gelas Besar Terengganu
| |||
Bila datang ke Terengganu, restoran air buah gelas besar yang terletak di Kampung Seberang Takir ini adalah antara tempat makan yang mesti anda singgah. Menu utama di sini sudah semestinya air buah. Harga setiap air berdasarkan saiz gelas, samada gelas kecil, sederhana atau besar. Orang ganu menggelarkan air buah ini dengan nama air buah pior. Pior adalah berasal dari perkataan inggeris iaitu “pure” yang membawa maksud asli. Tambahan pula, kedai ini menyediakan mihun sup yang sangat sedap! Selain mihun sup, terdapat juga makanan lain seperti sate, nasi dagang, nasi minyak, keropok lekor, roti canai dan banyak lagi. | |||
|
Alamat: Jalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: |
Waktu Operasi: 5.00 petang – 1.00 pagi (Isnin-Sabtu), 5.00 petang – 12.00 malam (Ahad) |
Info: Air Buah Gelas Besar Terengganu |
7. Keropok Lekor Bukit Tok Beng
| |||
Keropok Lekor yang paling terkenal di Kuala Terengganu ialah Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Seberang Takir. Disebabkan terlalu ramai, pelanggan perlu terlebih dahulu mengambil nombor giliran. Keropok lekor di sini memang terbaik dan rasa asli keropok lekor ini tidak boleh didapati di mana-mana. Ia dibuat secara tradisional menggunakan kaedah turun temurun. Keropoknya sangat sedap dan lembut kerana mereka menggunakan ikan yang berkualiti. | |||
|
Alamat: Lot 8292 Seberang Takir Darul Iman., Kampung Bukit Tok Beng, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 12-435 2209 |
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 8.00 malam (Jumaat Tutup) |
Info: Keropok Lekor BTB 2209 |
8. Restoran Lempeng
| |||
Nama pun restoran lempeng, menu tarikan di sini tentulah lempeng. Lempeng atau orang barat panggil “pancake” ini bukan yang biasa anda boleh dapat di mcD. Bahan asas yang digunakan pemilik restoran untuk membuat lempeng ialah tepung yang dicampur dengan isi kelapa parut, santan, berserta sedikit gula dan garam, cicah sambal bilis. Perghhh!!! Boleh meleleh air liur. Jika peminat lempeng, anda pasti suka lempeng kelapa muda di Restoran Lempeng yang terletak di Kuala Terengganu ini. Selain itu, anda boleh cuba ketupat sotong, nasi budu dan kalau order air jangan lupa cuba air tuak yang mempunyai rasa yang unik. Anda pasti suka! | |||
|
Alamat: 11, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 9-617 8660 |
Info: Restoran Lempeng |
9. QAWA Coffee & Sandwich
| |||
Kedai kontena QAWA ini adalah kafe Starbuck Malaysia yang pertama di pantai timur. Order di kaunter, tunggu dalam masa 3-5 minit dan kopi anda sedia untuk dinikmati. Dekorasi ruang makannya sangat trendy dengan susunan koleksi antik pemilik QAWA Cafe seperti kamera antik, buku komik lama, barangan limited edition dan beberapa barang warisan keluarga. Sangat unik! QAWA menyediakan menu minuman berasaskan kopi, ice blended serta hidangan seperti salad ayam, sandwich, pasta, kek, pastri termasuk beberapa makanan high tea & makan malam. | |||
|
Alamat: 1482, Jalan Budiman, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu |
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 12.30 malam (Khamis – Sabtu), 5.00 petang – 2.00 pagi (Jumaat) |
Info: QAWA Coffee & Sandwich |
10. The Pallet Cafe
| |||
Keunikan The Pallet CafĂ© adalah kayu pallet dijadikan sebagai dekorasi dalaman dan luaran kafe. Dari dinding hingga ke meja dan kerusi semuanya daripada kayu pallet. Cantik! Bagi pelanggan yang inginkan “udara luar” atau para perokok, kafe ini turut menyediakan tempat/meja makan di bahagian balkoni. Dekorasi dalaman kafe yang menarik seiring dengan hidangan makanannya yang sedap – Chicken Grilled, Hot Chocolate with Mashmallow, Spageti Oglio Olio, dan sebagainya. Harus datang dan cuba! | |||
|
Alamat: 31041 Tingkat Bawah Taman Sri Permata, Jalan Tok Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 12-900 5263 |
Waktu Operasi: 6.00 petang – 12.30 malam (Isnin-Jumaat), 6.00 petang – 12.00 malam (Sabtu) |
Info: The Pallet Cafe |
11. Rahsia Kitchen
| |||
Jika anda datang makan di Rahsia Kitchen ini anda akan berasa seolah-olah menikmati makanan di hotel terkemuka yang meyajikan makanan barat. Harga makanan di sini pula jauh lebih murah jika hendak dibandingkan dengan makanan western dekat tempat lain. Walaupun kedai biasa-biasa tapi tahap kebersihannya kelas A! Antara menu yang menjadi tarikan di sini adalah Chicken Roulade, Nasi Butter Chicken, Lamb Shank, dan sebagainya. Selain makanan, tarikan lain di Rahsia Kitchen adalah nama minumannya yang pelik. Antaranya ialah ‘air drebar lori’, air jahak, iron man, candy crush, android kitkat, black box, dan banyak lagi. | |||
|
Alamat: 1436, Jalan Budiman, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 11-1188 0801 |
Waktu Operasi: 5.00 petang – 12.00 malam (Khamis & Jumaat Tutup) |
Info: Rahsia Kitchen |
12. Mek Awang Cafe
| |||
Teringin untuk mencuba makanan campuran Cina dan Melayu? Datanglah ke Mek Awang Cafe. Mereka menyajikan kira-kira 40 jenis hidangan asli masakan tradisi, barat serta pencuci mulut. Boleh dikatakan, kesemua menu digemari pelanggan kerana rasa asli tempatan oleh dua chef berpengalaman. Pelanggan boleh menikmati laksa, laksam, nasi hailam, keropok lekor, nasi lemak ayam goreng berempah, nasi putih kay hong, kay pacok (sate) dan nasi dagang. Selain itu, sajian makanan barat seperti spageti aglio olio dan spageti tom yam sayuran juga ada di sini. Jika anda penggemar waffle dan ingin mencuba sesuatu yang berbeza – cubalah waffle cendol yang terlajak laris! | |||
|
Alamat: 162, Jalan Kampung Cina, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 9-622 0140 |
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam |
Info: Mek Awang Cafe |
13. Hazlan Bistro
| |||
Hazlan Bistro menyediakan pelbagai jenis masakan seperti makanan ala-thai, western, sizzling dan juga steamboat. Steamboat di sini adalah ala carte dan bukan secara buffet. Antara menu western mereka adalah Grill Hawaii Chicken, Fried Chicken Chop, Grill Mushroom Chicken, Gril Thai Chicken, Lamb Blackpaper dan lain lain. Grill Hawai Chicken di sini sama seperti Grill Chicken Cheese tetapi yang membezakannya adalah dibawah cheese terdapat telur dan juga potongan nenas. Sedap! Ada rasa masam-masam sedikit. Portion yang diberi besar dan anda pasti puas hati. | |||
|
Alamat: 4097, Jalan Haji Abdul Rahman Limbong, Kampung Banggol, Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu |
Nombor Telefon: +60 11-2944 999, +60 9-631 4333, +60 9-688 0000 |
Waktu Operasi: 4.30 petang – 1.30 pagi (Isnin-Sabtu), 4.30 petang – 12.00 malam (Ahad) |
Info: Hazlan Bistro |
14. Estadio Coffee & Bistro
| |||
Estadio Coffee & Bistro adalah kafe yang menyajikan makanan barat dan bertemakan sumber laut. Mereka menggunakan konsep “Tabur dan Makan” iaitu ala-ala “Shellout”. Terdapat 4 pakej Shell Out yang boleh anda pilih. Ada 4 jenis seafood yang disediakan untuk setiap pakej iaitu ketam masak blackpapper, udang masak serai, sotong masak merah & lala/kupang masak butter milk. Paling best dia punya seafood semuanya fresh! Lihat sahaja dah terliur belum lagi masuk ke dalam mulut. Marvellous! | |||
|
Alamat: Lot 4229 (Ground Floor), Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu |
Nombor Telefon: +60 13-405 3200 |
Waktu Operasi: 5.30 petang – 11.30 malam (Isnin Tutup) |
Info: Estadio Coffee & Bistro sumber http://my.travelmalaysia.me/ |
Kalau ke Terengganu mesti kena cuba beli dan rasa makanan-makanan ni kay ...
makanan sedap best terengganu
Nasi dagang RM2.00 aje sebungkus tau.
Kat Terengganu je dapat harga macam ni ;)
Kat Terengganu je dapat harga macam ni ;)
makanan sedap best terengganu
makanan sedap best terengganu
Nasi dagang Terengganu agak berbeza sedikit dengan nasi dagang Kelantan, dari segi warna nasi dan kuah ikan tongkolnya. Kuah nasi dagang Terengganu warna lebih gelap kerana ditambah kerisik berbanding dengan nasi dagang Kelantan kuahnya lebih kepada rasa masak lemak. Pilihan BW, nasi dagang Terengganu :)
makanan sedap best terengganu
2. Nasi Kerabu
makanan sedap best terengganu
Nasi kerabu Terengganu sama aje rasanya dengan nasi kerabu Kelantan, pada tekak BW la, dua-dua pun sedap. Nasi kerabu ni nasi yang bewarna biru dan dimakan bersama budu, keropok, telur masin, ulam, solok lada beserta ikan / ayam / daging.
makanan sedap best terengganu
RM5.00 untuk 10 pcs sata. Yang ni saiz kecil sangat, rasa tak puas. So, kenalah beli berkali-kali ;p Kalau kat pasar malam Kl & Selangor, saiz double :)
makanan sedap best terengganu
3. Sata Ikan
makanan sedap best terengganu
Sata ikan ni merupakan makanan yang korang mesti cuba. Sedap kay. Memang beli sekali nak lagi dan lagi. Kalau kat Johor famous dengan otak-otaknya, kat Terengganu famous dengan Sata Ikannya. Senang cerita orang selatan panggil Sata ni Otak-otak Terengganu. Cuma rasa sata agak manis, untuk penggemar pedas mungkin kurang gemar la. Gerai-gerai tepi jalan banyak sangat yang ada jual sata ni. So, senang la kita nak repeat beli ;)
makanan sedap best terengganu
Pais ikan, macam ikan bakar la kat KL & Selangor.
makanan sedap best terengganu
4. Pais Ikan.
makanan sedap best terengganu
Pais ikan ni ikan yang dibungkus dengan sambal kemudian dibakar. Actually sama aje dengan ikan bakar daun pisang area KL & Selangor. Area Melaka pun banyak ikan bakar berlada / sambal ni. Cuma rasa sambal dia berbeza sikit la, sebab sambal dia agak manis. Pilihan BW ikan bakar Melaka. Tapi dah datang Terenganu mesti la cuba pais ikan kan. Selain pais ikan, ada juga pais udang, pais sotong dan pais ketam.
makanan sedap best terengganu
5. Keropok Losong & Lekor.
makanan sedap best terengganu
Jangan lupa cuba keropok losong bila ke Terengganu. Keropok losong susah nak dapat kat tempat lain. Kalau keropok lekor kat mana-mana pun ada. Keropok losong ni sama aje dengan keropok lekor yang rebus tu, cuma isi ikannya lebih banyak, warnanya lebih gelap, saiznya lebih kecil dan harganya lebih mahal. Memang terbaik la rasa keropok losong. Kalau keropok lekor BW prefer yang goreng. Keropok lekor Terengganu memang lebih kick berbanding yang kita beli area KL & Selangor ni, lebih rasa ikannya.
makanan sedap best terengganu
Keropok lekor celup tepung hanya di Terengganu.
6. Seafood Goreng Celup Tepung
makanan sedap best terengganu
makanan sedap best terengganu
Makanan goreng-goreng yang celup tepung sangat terkenal di Terengganu. Contohnya ICT. Kalau kita bukan Terengganu mesti ingat ICT tu Information Communication & Technology. Kalau orang Terengganu pula, ICT tu Ikan Celup Tepung, famous sangat sampai ada nickname :) Selain ikan, banyak juga dijual sotong celup tepung, udang celup tepung dan ketam celup tepung. Yang rare sekali keropok lekor celup tepung, sebab kat negeri lain takde jual.
makanan sedap best terengganu
7. Laksam
makanan sedap best terengganu
Laksam sebenarnya adalah laksa Kelantan. Dah nama pun jiran, ramailah peniaga Terengganu yang menjual laksam. Laksam dijual time sarapan pagi tau. So, jangan lupa merasa breakfast laksam bila ke Terengganu. Ada sesetengah gerai, bila dia bungkus laksam, dia akan kaut sesudu belacan dan masuk dalam bungkusan kita. Satu sudu besar belacan tau, ada bran? ;)
makanan sedap best terengganu
8. Ikan / Seafood Bakar
makanan sedap best terengganu
Terenganu terkenal dengan makanan lautnya. So, jangan lupa cuba ikan bakar, udang bakar, sotong bakar dan ketam bakar. Biasanya dijual diwaktu malam. Sama macam kedai tomyam biasa tu. Bezanya, jika kita pandai pilih restoran, kita akan dapat makanan laut yang fresh dengan harga yang berbaloi-baloi ;)
makanan sedap best terengganu
9. Nasi Kunyit
makanan sedap best terengganu
Nasi kunyit ni sebenarnya adalah pulut kuning. Bagi orang selatan pulut kuning ni special tau, so dimasak bila ada hari penting contohnya khatam al-quran. Tapi kat Terengganu ni pulut kuning atau diorang panggil nasi kunyit, boleh dapat setiap hari. Ada aje peniaga yang menjual nasi kunyit dan ayam kari setiap pagi dengan harga RM2.00 sebungkus.
makanan sedap best terengganu
10. Keropok Keping
makanan sedap best terengganu.
Tak sah la kalau ke Terengganu tapi tak beli keropok keping sebagai buah tangan. Ada pelbagai jenis keropok keping ikan, ada yang bewarna gelap, ada yang bewarna cerah bergantung kepada jenis ikan yang digunakan. Keropok keping udang, sotong dan ketam pun ada. Keropok keping yang ready dimakan pun banyak dijual, ada juga yang sudah disira.
makanan sedap best terengganu
Kalau korang ke Terengganu jangan lupa cuba kay. Walaupun area KL & Selangor banyak makanan Terengganu dan kita dah pernah cuba dah pun, tapi kena la cuba yang orginal Terengganu juga ;)
makanan sedap best terengganu